Tarikh : 19/11/08Y BHG TUAN HJ. ROSHIDI B. HJ HASHIMDatuk BandarMajlis Bandaraya IpohJalan Sultan Abdul JalilGreetown, 30450 IpohPerak Darul RidzuanY Bhg Datuk,SOALAN-SOALAN UNTUK SIDANG MESYUARAT PENUH BULAN NOVEMBERDengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.2. Saya ingin membangkitkan beberapa soalan untuk perhatian Datuk demi kepentingan masyarakat setempat. Dengan ini, saya pohon jasa baik pihak Datuk untuk membalas soalan ini pada Mesyuarat Penuh yang akan datang secara lisan.3. Soalan-soalan saya adalah seperti yang berikut:-a. Kewujudan terowong bawah tanah di bangunan Dewan Bandaraya Ipoh dikatakan benar dan apakah pelan MBI dalam membuka tirai kepada terowong ini untuk menjadikan ianya sebagai satu destinasi pelancongan untuk mempromosikan Bandaraya Ipoh? Juga sila nyatakan kepanjangan (maklumat teknikal) dan keadaan semasa terowong tersebut?b. Sila nyatakan segala maklumat projek yang sedang (kerja- kerja naik taraf longkang dan aliran air) dijalankan di Taman Rekreasi Polo khsusunya kos kontrak dan pernahkah MBI menjalankan tinjauan dimana kebanyakkan pokok-pokok di taman ini mula diancam (dying) disebabkan oleh takungan air? Adakah kerja yang dijalankan ini akan memberi nafas baru kepada masalah takungan air yang menjadi punca utama untuk kematian pokok-pokok di taman ini? c. Tanah yang didiami oleh pembasuh-pembasuh kain (dobi) dijalan Silibin adalah dimilik oleh MBI dan kenapakah sehingga hari ini bangunan yang kian lama itu tidak diperbaharui sehingga sekarang dan adakah MBI mempunyai apa-apa cadangan untuk mewartakan tanah itu kepada pengusaha industri dobi tersebut?d. Sila nyatakan tindakan yang diambil untuk memastikan kebersihan pada semua waktu dan kesihatan makanan yang disaji disemua restauran dan gerai makanan?. Sudahkah MBI sedia untuk mengeluarkan sistem taraf/kategori kebersihan mengikut piawai A,B dan C bagi semua restauran dan gerai makanan sepertimana yang sedang diimplementasikan oleh beberapa majlis tempatan contohnya Bandaraya Kuching Selatan.e. Adakah MBI mempunyai apa-apa pelan untuk menyewa tanah milikannya kepada syarikat telekomunikasi untuk mendirikan pencawang ataupun menaranya? Jika ianya diamalkan, sila nyatakan apakah rancangan yang digunakan serta nyatakan berapakah bilangan yang disewakan? Jika tidak, sila kemukakan kenapakah sistem ini tidak diamalkan?4. Segala usaha Datuk dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.Sekian, dimaklumkan.Salam Ta'zim“Berkhidmat Untuk Rakyat”M.Kula Segaran
Posted by M.Kula Segaran at 5:35 PM 1 comments
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment