Monday, September 28, 2009

Mesyuarat 1,penggal pertama parlimen ke -12. MAY/2008

SOALAN

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat] minta Perdana Menteri menyatakan, pelbagai projek pembangunan yang dijadualkan dan akan dilaksanakan di Perak pada masa yang terdekat dan adakah projek-projek ini akan ditangguhkan memandangkan kerajaan negeri baru di Perak.



JAWAPAN

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S. K. Devamany]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan negeri Perak telah diperuntukkan sebanyak RM8.37 bilion di bawah peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut disediakan bagi melaksanakan projek-projek di pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi seperti pelancongan, perdagangan dan perindustrian,pengangkutan komunikasi dan kemudahan awam serta projek sosial seperti pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan, kebudayaan dan sebagainya.Projek-projek yang berbentuk mesra rakyat yang memberi faedah langsung kepada penduduk serta yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tidak akan di tangguh walaupun Perak ditadbir oleh kerajaan negeri yang baru. Dengan siling keseluruhan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berjumlah RM200 bilion dan kos bahan binaan yang kian meningkat, jika ada pun projek yang akan di tangguh ia adalah hasil penyusunan semula projek-projek mengikut keutamaan yang mana projek-projek yang bersifat mesra rakyat, dengan izin, people centered diberi keutamaan yang tinggi. Penyusunan semula tersebut bukan hanya melibatkan negeri Perak sahaja tetapi meliputi semua negeri yang lain.

Walau bagaimanapun kejayaan pelaksanaan projek-projek tersebut juga bergantung pada kerjasama Kerajaan Negeri Perak terutamanya dalam meluluskan tanah bagi tapak projek dan kelulusan pelan perancangan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Oleh yang demikian kerajaan negeri perlu memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek-projek berkenaan demi kemajuan ekonomi dan sosial negeri Perak dan kesejahteraan rakyat negeri Perak keseluruhannya.


POSTED BY kula ON 05.23.08 @ 8:23 am |

Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://kula.blogsome.com/2008/05/23/mesyuarat-2-penggal-pertama-parlimen-ke-12/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed:


Name

E-mail

URI

Your Comment






No comments:

Post a Comment