Note: The following adjournment speech schedule for Thursday was postponed to Tuesday 1st July08. I got a notice from the Secretary of the House informing in view of the presentation of the mid term review by the Prime Minister all other matters will be adjourned.
KEPENTINGAN HARUS DIBERI KEPADA SEKOLAH CINA
Tajuk ucapan penangguhan saya ialah berkenaan dengan kepentingan sekolah cina yang baru dikawasan bercham dimana ianya adalah tugas utama kerajaan untuk melibatgandakan sekolah baru dikawasan yang perlukannya.
Dalam hal ini kerajaan harus melaksanakan dasar pengagihan sama-rata semasa membuat satu perancangan untuk pembinaan sekolah dan objektifnya harus membawa faedah kepada golongan pelajar tanpa mengira bangsa dan kaum. Lebih-lebih lagi setiap perancangan yang dibincangkan di dewan yang mulia ini adalah demi kepentingan rakyat yang memberi mandat kepada kita iaitu dengan secara ringkasnya “datangnya kita dari golongan rakyat maka khidmatlah untuk kepentingan rakyat”.
Untuk makluman dewan yang mulia ini, dimana peningkatan pelajar cina setiap tahun dikawasan bercham harus diberi kepentingan disebabkan oleh kekurangan bilik darjah jika dibandingkan dengan peningkatan bilangan pelajar setiap tahun. Maka kepentingan sekolah cina baru di kawasan bercham adalah untuk menjamin masa depan pelajar bagi meningkatkan kemampuan mereka dalam mengharungi cabaran akademik dalam suasana yang lebih selesa. Pada masa yang sama juga kita dapat jamin dan dapat membentuk satu barisan professional muda untuk melaungkan nama baik negara di arena antarabangsa yang selaras dengan slogan Kementerian Pelajaran iaitu “Kualiti Dijunjung Pendidikan Disanjung”.
Dengan ini saya minta pihak Kementerian menyatakan berapa buah sekolahkah yang akan dibina di Negeri Perak di dalam jangka masa 2008 hingga 2010, di manakah lokasi-lokasi tersebut, adakah ianya sudah pun dikenalpastikan dan adakah sekolah cina yang baru akan dibina di kawasan Bercham? Jika ya, bilakah pembinaan sekolah itu akan dimulakan? Berapakah anggaran peruntukan yang akan disalurkan untuk pembinaan sekolah tersebut? Adakah sekolah itu akan dikategorikan dalan sekolah bantuan penuh ataupun bantuan modal?
Untuk makluman pihak Kementerian, bahawa pihak kerajaan harus menyedari kehendak masyarakat kawasan Bercham yang seringkali minta jasa baik kerajaan untuk kewujudan sebuah sekolah Cina yang baru adalah untuk menanggung kemunculan bandar-bandar baru di Bercham yang diduduki majoritinya kaum Cina dan keperluan membina sebuah sekolah Cina dan ini juga akan dapat menjaga hak asasi kaum Cina untuk mendapatkan Pendidikan bahasa ibunda, maka Kementerian Pendidikan wajar mempertimbangkan Permintaan ibu bapa terhadap sekolah Cina berdasarkan keperluan setempat.
Jawapan Menteri Pelajaran "akan datang"
POSTED BY kula ON 06.26.08 @ 2:51 am |
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://kula.blogsome.com/2008/06/26/ucapan-penangguhan-pada-260608-di-parlimen/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Monday, September 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment