Pendahuluan
1. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai intigriti (JPKI) dan JPKI ini sanggup menjelajah seluruh negara dan adakan sesi pendengaran awam seperti ini. Apa yang lebih penting ialah selepas mendengar orang awam adakah JPKI atau Kerajaan mempunyai kekuatan untuk melaksanakan perkara yang akan meningkatkan intigriti dikalangan “Big Napoleans” dan “Little Napoleans”. Jika tidak JPKI ini adalah sia-sia sahaja.
Ketua Hakim Negara (CJ)
2. CJ Tun Fairus Ahmad langsung tidak ada integriti. Dia gila kuasa dan tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Tiga Jawatan iaitu Ketua Hakim Negara (CJ), Presiden Mahkamah Rayuan (PMR) dan Hakim Besar Malaya (HBM) dia pegang. “Never in the history of Malaysia has this happened.” Perlembagaan memperuntukkan tiga jawatan berasingan kerana tugas, peranan dan fungsi berlainan. Apa yang jadi ialah CJ memegang tiga jawatan dan mentadbirkan dengan bantuan Ketua Pendaftar (CR) yang baru, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya. Ia melanggar Perlembagaan. CR ialah hanya untuk Mahkamah Persekutuan. Apa guna adanya Pendaftar Mahkamah Rayuan dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya? CR tidak boleh campur tangan dengan urusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. “CJ and CR have usurped the powers of all these levels of courts. Where is the integrity? It is wholly unconstitutional!”.
Pelantikan PMR dan HBM
3. Adalah di tegaskan dua jawatan ini ialah amat penting dan hakim yang benar-benar intigriti dilantik untuk menjamin intigriti badan kehakiman negara ini. Ada ura-ura menyebut nama Datuk Hashim Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan, telah disenarai pendekkan untuk jawatan PMR. Saya minta Kerajaan betul-betul siasat latarbelakang Hakim tersebut. Ada pihak mempersoalkan intigriti Hakim ini. Ada yang kata Hakim ini banyak penghakiman yang tertangguh sampai tidak terkira yang tidak ditulisnya semasa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Di Mahkamah Rayuan sahaja ada tidak kurang 15 penghakiman. Ada pihak yang kata Hakim ini tidur semasa mendengar kes terutamanya disebelah petang. Ada pula yang kata Hakim ini sangat rapat dengan “prominent businessmen” termasuk Tan Sri Vincent Tan. Apa yang saya boleh sahkan ialah tiada penghakiman Hakim ini yang disiarkan dalam MLJ, CLJ atau jurnal undang-undang yang lain. Mana intigritinya?
Bahagian Gubalan Jabatan Peguam Negara
4. Intigriti juga bermakna kebolehan. Soal utama mengenai Bahagian Gubalan JPN ialah adakah Peguam Negara mempunyai intigriti menggubal undang-undang secara teratur, tepat dan efisyen? “AG has become all too powerful until Ministers are scared of him, scared to offend the AG for fear their proposed laws be delayed by the AG. The irony in Malaysia is laws are not drafted and made by the Parliament but by the AG. AG has become the most powerful man in Malaysia, more powerful then the Prime Minister and he is answerable to no one!! Even the Prime Minister is answerable to the Parliament and electorate. The AG not only exercises the executive and legislative functions and powers at the Federal level but also in all the states. He can prosecute whoever he wants. He alone decides who should not be prosecuted including his close friends the IGP and the former DG of ACA. Because of too much power in the hands of the AG he has become very arrogant. Just read the continuous criticisms of the AG in the New Straits Times. The AG talks so much but it cannot be denied that prosecution is in fact very sloppy and bungled up. It was not the case during the former AG, Tan Sri Abu Talib’s time. Now there is too much favouritism in AG’s Chambers. All the good DPP’s have been transferred out leaving behind the rot. The good ones have been transferred out because they do not bother to carry or praise the AG or Datuk Yusof (Head of Prosecution Division). So prosecution being sloppy or bungled up is not surprising. Where is the integrity of the AG?”.
5. Saya pun tak tahu mana AG dapat 82.2% conviction rate. Adakah ini termasuk trafik speeding dan parking kes dan kes-kes yang dikompaun? Menurut AG 64% adalah kes mengaku salah. “According to AG 64% plead guilty because of good investigation and prosecution. I am sure this JPKI know that thousands of cases people just plead guilty to save time and harassment from the police and the Prosecutor and not because of good investigation and prosecution. What is the success rate of cases that go for actual full hearing and end up with a conviction is more important? You should also not include cases where halfway through the trial the prosecution amend the charge to a lesser charge. The AG should not fool the public. Where is the integrity of the AG? The AG can fool some people some time but he can’t fool all the people all the time!
6. Saya cadangkan Bahagian Gubalan di pindahkan dan diletakkan di bawah Parlimen sebagai Jabatan Gubalan Undang-Undang Parlimen. Tidak dapat dinafikan bahawa AG adalah terlalu sibuk. Saya tidak percaya AG ada baca semua Rang Undang-Undang dan subsidiary legislation. Dia tidak ada masa. Dia terlalu sibuk cuba mengenangani “sloppy and bungled prosecutions” dan dia juga terlalu sibuk pergi ke luar negara bersama dengan pegawai tersayang Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara (BHEA). Saya cabar JPKI ini untuk dapatkan maklumat jumlah hari AG berada di luar negara. Adakah tidak mencukupi Ketua BHEA atau pegawainya bersama pegawai Wisma Putra sahaja yang pergi ke luar negara untuk mesyuarat resmi? “It appears that AG has set up a Wisma Putra in AG’s Chambers to enable him and his favourite officers to travel overseas. If he can travel overseas for meetings why can’t he personally prosecute high profile cases like Altantuya’s case or Eric Chia’s case?”
7. Saya cadangkan BHEA, Jabatan Peguam Negara diletakkan sahaja di bawah Kementerian Luar Negara dan biar AG “fully concentrate on prosecution and government litigation cases”. Tak perlu dia masuk campur dengan Gubalan Undang-Undang dan Hal Ehwal Luar Negara sampai “prosecution dia selalu bungled and sloppy”. Kami perlukan seorang AG yang berintigriti dan bukan yang banyak cakap kosong dan berperangai arrogant.
Pegawai Penyelidik, Jabatan Peguam Negara
8. Saya pernah timbulkan beberapa kali di Dewan Rakyat isu mengenai Gareth Api Richards, Pegawai Penyelidik, Jabatan Peguam Negara. Api telah diberhentikan berkhidmat di sebuah University di Phillipines kerana melakukan suatu ketidak jujuran mengenai kelayakkan nya. Perkara ini tersebar luas dalam internet. Pegawai ini boleh dikatakan tidak berintigriti kerana tidak jujur. Apa yang mengejutkan ialah Pegawai ini telah diambil kerja oleh AG sebagai Pegawai Penyelidik. Dia ini bukan peguam. Soalnya ialah dengan adanya pegawai seperti Api di Jabatan Peguam Negara mana letaknya integriti Jabatan itu? Setakat ini saya tidak diberi apa-apa jawapan tentang perkara ini. Saya percaya JPKI adalah tempat yang paling sesuai untuk timbulkan semula perkara ini.
Sekian, terima kasih.
(Y.B. Kulasegaran)
POSTED BY kula ON 08.16.07 @ 5:16 am |
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://kula.blogsome.com/2007/08/16/views-presented-to-the-parliamentary-select-committee-on-intergity-in-ipoh/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment