Monday, September 28, 2009

WRITTEN ANSWER FROM THE WORKS MINISTER. JUNE/2008

SOALAN:-

Meminta Menteri Kerja Raya menyatakan proses pemilihan kontraktor untuk penyelenggaraan jalan raya persekutuan di negeri Perak dan berapakah yang diperuntukkan untuk tahun 2008 dan kos pelaksanaan sehingga hari ini?

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, proses pemilihan kontraktor untuk penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Perak dan beberapa negeri lain di zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dilaksanakan secara rundingan terus. Proses pemilihan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) dan Kementerian Kewangan.

Nilai kerja-kerja yang terlibat dalam kontrak jangka panjang ini adalah sebahagian daripada peruntukkan tahunan bagi penyenggaraan jalan persekutuan. Skop yang terlibat pula hanyalah bagi penyenggaraan rutin dan penyenggaraan berkala seperti cerun mengganti perabot jalan dan sebagainya.

Sebahagian lagi peruntukkan adalah ditawarkan kepada kontraktor secara terbuka oleh JKR negeri dan JKR daerah bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan bersifat naiktaraf seperti membaiki simpang, menaikkan aras jalan, membina longkang dan pembetung,memasang lampu jalan dan sebagainya.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, sebanyak RM54 juta diperuntukkan bagi malaksanakan penyenggaraan jalan persekutuan di Perak. Sehingga akhir Mei 2008, sebanyak RM 21 juta iaitu 39% daripada peruntukkan telah dibelanjakan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Special note : Dear readers, kindly comment on the above answer given by the Works Minister for the question I raised, reference to the road maintenance works in Perak.

POSTED BY kula ON 06.28.08 @ 2:31 am |

Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://kula.blogsome.com/2008/06/28/written-answer-from-the-works-minister/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

No comments:

Post a Comment