Dear readers, I have submitted my questions for next Parliament sitting which falls on 23/06/08 and the questions are as follows:
Note : If anyone wants to submit questions kindly email to my political secretary at politicsec@yahoo.com
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS (2008)
Berikut adalah soalan-soalan bagi jawapan lisan dan bertulis:
Sila ambil perhatian, saya pohon jasa baik agar tiada soalan pada bila-bila hari Isnin dalam sessi ini.
Jawapan Lisan
Untuk meminta Perdana Menteri senaraikan jumlah pengorbanan kos secara terperinci yang merangkumi segala butir-butir perbelanjaan yang terlibat dalam kes Pulau Batu Putih di ICJ dan apakah pencapaian-pencapaian yang telah diterima oleh Kerajaan Malaysia.
Untuk meminta Menteri Kerjaraya menyatakan proses pemilihan Kontraktor untuk penyelenggaraan Jalanraya Persekutuan di Negeri Perak dan berapakah yang diperuntukkan untuk tahun 2008 dan kos pelaksanaan sehingga hari ini.
Untuk meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah satu penilaian grade diadakan untuk kawalan linkungan batas bayaran perubatan hospital swasta bagi menjamin kualiti industri perubatan.
Untuk meminta Perdana Menteri menyatakan melalui saluran apakah perhatian akan diberikan dalam menangani kadar inflasi yang mengembung sehingga menelan kuasa beli rakyat.
Untuk meminta Menteri Pengangkutan menyatakan kenapakah sistem keretapi Ipoh KL tidak dioptimumkan walaupun landasannya sudah siap sedia untuk perkhidmatannya dan bilakah perkhidmatan ini akan dilazimkan.
Untuk meminta Perdana Menteri menyatakan betapa seriusnya keadaan miskin tegar di Malaysia dan kenapakah tahap kemiskinan sifar tidak dapat dicapai sehingga hari ini walaupun adanya penunjuk maklumat.
Untuk meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kenapakah sering kalinya berlaku kematiaan dipusat tahanan iaitu lokap polis, penjara, pusat tahanan pendatang tanpa izin, pusat tahanan EO, LLPK dan pusat tahanan penagih dadah dan apakah tindakan susulan yang telah dirancangkan untuk mengelakkan keadaan ini berulang.
Untuk meminta Menteri Pelajaran menyatakan apakah mekanisme penyiasatan yang digunakan oleh pihak PPD dan JPN negeri, selepas menerima satu aduan daripada pihak ibu-bapa terhadap tingkah laku pihak sekolahnya yang gagal menangani satu masalah disiplin / kes buli yang timbul dikawasan sekolahnya.
Untuk meminta Perdana Menteri menyatakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam mengatasi masalah banjir yang kerap sering berlaku pada musim hujan di sepanjang Sg.Kinta (Ipoh) terutamanya di Taman Merdeka.
Untuk meminta Menteri Pelajaran menyatakan kenapakah berlakunya diskriminasi terhadap pelajar-pelajar cemerlang untuk mendapat tempat pada peringkat awal permohonannya untuk Pusat Matrikulasi juga bantuan JPA dan apakah kriteria-kriteria sebenar dalam proses pemilihannya.
Jawapan Bertulis
Untuk meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan
a) jenayah jenis apakah yang mengalami kadar kenaikan dan penurunan ?
b) Adakah kenaikan dalam pengambilan pegawai Polis untuk jangka pendek dan panjang ini dapat memberi satu tumpuan penuh untuk mengurangkan kadar kenaikan jenayah?
Untuk meminta Perdana Menteri menyatakan harga pasaran yang benar untuk petrol dan diesel bagi satu liter dan apakah keberkesanannya dari segi kos dan effektif dalam memberi subsidi ini.
Untuk meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah pungutan wang yang diterima oleh Mahkamah melalui saman-saman yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh dari tahun 2004 hingga 2008 dan nyatakan segala tatacara untuk menubuhkan Mahkamah Perbandaran.
Untuk meminta Perdana Menteri menyatakan kaedah yang digunakan untuk memastikan fakta-fakta benar dalam memperolehi nombor bilangan ibu tunggal dan kenapakah jalan penyelesaian yang kukuh tidak dapat diberikan dalam mengurangkan bebanan harian mereka dengan adanya sistem bantuan daripada kerajaan.
Untuk meminta Menteri Pendidikan menyatakan jalan penyelesaian yang telah dan patut dilakukan untuk menukar kesemua sekolah menjadi Bantuan Penuh dan apakah faedah yang dapat dinikmati melalui kaedah ini.
POSTED BY kula ON 05.28.08 @ 4:56 am |
2 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://kula.blogsome.com/2008/05/28/question-for-mesyuarat-2-penggal-1-parlimen-12/trackback/
YB Kula,
Hope you can ask about why there is still no plans to have flights between Ipoh and Singapore? Few months ago, local newspapers published that the Singapore budget airlines (eg. Jetstar & Tiger Airways) were interested to fly between Ipoh and Singapore. I believe they will be using a smaller aircraft which should not be an issue to the Ipoh airport short runway.
Its good to have flights between Ipoh & Singapore and I am sure alot of Ipoh residents is looking forward for this.
Thanks.
Comment by Leong WK — May 28, 2008 @ 5:04 pm
YB Kula
1) Discrimination not only happened in JPA due to popular beliefs in scholarship allocation but also in the private sectors. This discrimination is subtle but can be found if given proper consideration. Private and Public sectors have same responsibilities in making a just Malaysia. They received equal if not great treatmet from the people of Malaysia so i hope they show gratitude in scholarships awards as well as employment.Thank You
Comment by concerned malaysian — June 2, 2008 @ 12:00 pm
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Monday, September 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment