Kindly read the questions and very soon I will update the answers given by Datuk Bandar in couple of days. The questions sound as follows:
1. Kenapakah “Retention Pond” tidak dibina untuk mengatasi masalah banjir di Taman Merdeka dengan adanya peruntukkan sebanyak RM 660,000 dan bolehkah MBI memberi satu jaminan kepada penduduk setempat dimana ianya adalah satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah banjir dikawasan itu?
2. Apakah langkah pencegahan yang diambil untuk mengurangkan kadar kenaikkan perbuatan laku musnah dikawasan Taman Harmoni dan rumah Pangsa Sg.Pari dan adakah MBI mempunyai apa-apa cadangan untuk membina pondok kawalan untuk mengatasi masalah ini dengan bantuan pihak PDRM?
3. Berapakah jumlah menara telekomunikasi yang terdapat dikawasan bandaraya Ipoh dan apakah kesan untuk kesihatan penduduk sekelilingnya secara menyeluruh?
4. Apakah dasar polisi yang diamalkan oleh MBI untuk menanam pokok-pokok dikawasan Ipoh dan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai Bumi Hijau?
5.Kenapakah MBI tidak mahu mengadakan satu tapak semaian pokok bagi tujuan jual pokok-pokok kepada masyarakat tempatan bagi melahirkan minat untuk menjaga Bumi Hijau di kawasan Ipoh?
POSTED BY kula ON @ 11:31 am | 1 Comment
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment