Press Release - Utusan 28/08/08
2,154 kes pengubahan wang haram ke mahkamah
28/08/2008 3:36pm
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sebanyak 2,154 kes pengubahan wang haram telah didakwa di mahkamah yang membabitkan wang bernilai RM678.04 juta sehingga bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha berkata, sehingga kini sebanyak empat kes berjaya disabitkan kesalahan melibatkan wang haram sebanyak RM22.24 juta.
“Sehingga Mei tahun ini juga jumlah harta yang dilucuthak tanpa pendakwaan bernilai RM2.87 juta yang membabitkan empat kes,'’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu mengenai kewujudan pengubahan wang haram dan kenapakah ia berlaku begitu meluas pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - Utusan
POSTED BY kula ON 08.28.08 @ 9:00 am | 0 Comments
GOVERNMENT VACANCY INFO
Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Siasatan Gred KR41 dan Penolong Siasatan Gred KR29 SPA akan melaksanakan urusan pengambilan bagi 500 jawatan Pegawai Siasatan Gred KR41 dan Penolong Pegawai Siasatan Gred KR29 bagi mengisi kekosongan jawatan di Badan Pencegah Rasuah (BPR). Bagi calon-calon yang berminat, dipelawa untuk membuat permohonan secara on-line.
Tarikh tutup permohonan pada 3 September 2008.
Sila klik disini untuk maklumat selanjutnya http://www.spa.gov.my/
POSTED BY kula ON @ 5:45 am | 0 Comments
Tuesday, September 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment